AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
Bahan -bahan:
1 peket agar-agar tali
2 cawan santan kelapa
Gula – ikut suka manis masing-masing
Secubit garam
5 cawan air
1 cawan air daun pandan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Cara:
- Masukkan air ke dalam periuk bersama-sama agar-agar dan masak hingga agar-agar cair sepenuhnya.
- Tambah gula, sedikit garam dan air daun pandan dan pewarna hijau.
- Semasa agar-agar masih mendidih, masukkan santan yang di pukul dengan telur. Kacau sebentar jangan sampai melimpah keluar periuk. Kacau sebati.
- Masak sebentar dan bolehlah di angkat letak dalam acuan yang di sukai.
- Sejukkan dalam peti sejuk dan bolehlah di potong.
- Jangan lupa like dan share ye, terima kasih dan selamat mencuba.